I made this widget at MyFlashFetish.com.


Khazanah Herba...

Selamat Datang dan Selamat Meneroka Dunia Perubatan Herba....
Pelbagai khazanah bumi dapat dimanfaatkan.Salah satu daripadanya ialah TUMBUHAN HERBA yang dikatakan menjadi bahan asas bagi segala ubat-ubatan dan makanan untuk kesihatan.

Blog ini dibangunkan sebagai perkongsian ilmu dan pengalaman berkenaan keistimewaan dan kelebihan herba dalam merawat pelbagai penyakit.. Juga turut dipaparkan artikel-artikel berkenaan herba-herba serta kepelbagaian fungsi herba-herba tersebut dalam merawat penyakit dan memperbaiki tahap kesihatan insan...

Salam Perjuangan!



Tuesday, July 7, 2009

SEJARAH HPA

Pengenalan

logohpa1.jpg

Satu-satunya syarikat Bumiputra Muslim yang mempunyai kilang bertaraf ‘GMP’ semenjak dari tahun 1997 yang mempunyai kepakaran dalam ramuan herba-herba tempatan dan mempunyai rangkaian pengedar yang mahir dalam perawatan holistik.

Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995. HPA merujuk kepada Herba Penawar Al-Wahida.

Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.

HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan.

ladang22.jpg

ldg-roselle.PNG

Ladang Roselle

Pengilangan

Kini, HPA Industries Sdn Bhd memiliki 7 buah kilang bertaraf GMP yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba roselle, pegaga, misai kucing, jagung, serai, pisang dan ternakan ayam, itik, lembu dan kambing organik seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi.

Kilang syarikat HPA terletak di alamat

1. B1 & B2, Lot 29, Jalan Industri, Kawasan Perindustrian Kuala Perlis, Perlis.
2. Lot 5 & 6, Kawasan MIEL Jejawi Fasa II, Jalan Jejawi Sematang, Perlis.
3. Lot 1 & 2, IKS KEDA Napoh, 06100 Jitra, Kedah.
4. Kilang Cola Radix, Kaw. Perindustries Sg.Lalang, Sg.Petani, Kedah.
5. Kilang Kopi Radix, SME Bank Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.
6. Kilang Air Mineral HPA, Batu 14, Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena Kedah.
7. Kilang Baja Organik, Bukit Tembaga, Padang Terap Kedah.

Kini jumlah pekerja kilang HPA melebihi 1000 orang.

kilang-radix-cola.jpg

Kilang Radix Cola Di Kedah

kopi-auto.JPG

Kilang Kopi Radix Automatik

gmp2.jpg

Pentadbiran & Pengurusan

Keutamaan pelanggan sememangnya menjadi amalan pihak pengurusan. Untuk menjamin organisasi yang berdaya maju, beberapa bahagian yang diketuai pengurus-pengurus terlatih telah diwujudkan. HPA Industries Sdn Bhd diterajui oleh Pengarah Urusan, dibantu oleh enam orang Pengurus Besar iaitu :-

1. Pengurus Besar Al Wahida Marketing Sdn Bhd
2. Pengurus Besar HPA Food & Beverage Sdn Bhd
3. Pengurus Besar HPA Industries Sdn Bhd
4. Pengurus Besar Akaun
5. Pengurus Besar PT Wahida Indonesia.
6. Pengurus Besar Sistem Pengurusan Maklumat MIS

Untuk melicinkan urusan perjalanan syarikat, beberapa pengurus, penyelia dan juga eksekutif dilantik.

Ibu Pejabat HPA
Lot 1985,
Jalan Jejawi Utan Buloh,
Jejawi 02600 Arau,
Perlis, Malaysia.
No Tel: 04-9776805, 04-9776804 Fax: 604-9774121

hq-hpa.jpg

HPA dan Anak Syarikat

Syarikat-syarikat HPA dan aktiviti ekonominya adalah seperti berikut:

1. Al-Wahida Marketing Sdn Bhd - Pemasar semua produk melalui perniagaan MLM
2. HPA Industries Sdn Bhd - Pengeluar ubat-ubatan herba
3. Cola Radix Sdn Bhd - Pengeluar minuman berkarbonat (Radix Cola dll)
4. HPA Food & Beverage Sdn Bhd - Pengeluar minuman dan makanan
5. Radix Industries Sdn Bhd - Pengeluar Kopi Radix
6. HPA Farm Sdn Bhd - Pengeluar ayam dan air mineral
7. HPA Ilham Sdn Bhd - agensi pelancongan
8. RFC Sdn Bhd - Restoran Radix Fried Chicken (RFC)
9. El- Zaharaa Sdn Bhd - Hotel, homestay, JHS, HPA collection, toharah dobi
10. Centella White sdn Bhd - Produk kosmetik

KENALI HPA...


Jika anda pernah mengenali jenama Radix di pasaran, anda seharusnya mengetahui bahawa HPA adalah syarikat yang mengeluarkan produk ini. HPA merujuk kepada Herba Penawar Al-Wahida.

Syarikat ini diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad pada 15 Julai 1995 dan merupakan sebuah syarikat tempatan dan 100% milik bumiputra Muslim. HPA sangat komited dalam mengeluarkan produk-produk Halal berupa makanan kesihatan berasaskan herba, produk makanan Halal, produk kegunaan harian dan produk kosmetik.

Produk HPA adalah produk yang paling banyak diminati di pasaran kerana harganya yang sangat berpatutan, berkualiti tinggi, mujarab dan selamat digunakan. Sehingga kini HPA telah mengeluarkan hampir 200 jenis produk dipasaran dan ianya semakin bertambah dari masa ke semasa...

CIRI-CIRI PRODUK HERBA HPA:

  • Dikilangkan mengikut standard “Good Manufacturing Practice” (GMP).

  • Diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

  • Diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

  • Menggunakan 100% herba.

  • Tidak mengandungi sebarang bahan kimia.

  • Tidak mengandungi steroid.

  • Melepasi ujian had kandungan logam berat.

  • Melepasi ujian had Mikrob.

  • Melepasi ujian had kecairan.

  • Berkesan dan mujarab, bersih lagi suci.